PAS Perak Pertikai Tindakan Pafa


KUALA LUMPUR – PAS Perak mengkritik tindakan Persatuan Bola Sepak Negeri Perak (PAFA) membuat aduan ke atas pegawai, jurulatih dan pemain pasukan bola sepak negeri itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berikutan prestasi merosot pasukan tersebut sepanjang tahun ini.

Koordinator Jawatankuasa Isu dan Strategik Badan Perhubungan PAS Perak, Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss mendakwa, pihak yang sepatutnya dipersalahkan atas persembahan buruk pasukan Perak adalah Presiden PAFA, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin dan Timbalannya, Khairul Azwan Harun.

“Kami melihat tindakan PAFA membuat aduan kepada SPRM agak pelik dan memberi persepsi negatif. Tindakan PAFA tersebut memberi gambaran juga bahawa rasuah bola sepak telah merebak di Perak.

“Kami bimbang Perak akan dilebalkan sebagai negeri yang mudah berlaku gejala rasuah dalam Malaysia terutama dalam bidang sukan bola sepak,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

PAFA baru-baru ini membuat keputusan menggantung kesemua pegawai skuad Liga Super 2013 termasuk ketua jurulatih selama dua minggu berkuatkuasa semalam berikutan wujud elemen sabotaj dan rasuah dalam kempen Piala Malaysia.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir turut menyokong tindakan PAFA menggantung kesemua pegawai dan petugas skuad Perak selepas mengesyaki berlaku elemen rasuah dan sabotaj dalam pasukan Liga Super negeri itu.

Beliau dipetik berkata, kerajaan negeri tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang mengambil kesempatan untuk kepentingan sendiri dan melakukan sabotaj terhadap pasukan bola sepak negeri itu.

Share this article :

Posting Komentar

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cun blog - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger