Krisis Mesir Kabinet sedia berbincang


KABINET Mesir hari ini bersedia membincangkan krisis di negara itu selepas beratus-ratus orang awam meninggal dunia dalam pertempuran yang berlaku kebelakangan ini.

Perdana Menteri sementara Mesir, Mohamed ElBaradei telah mengemukakan cadangan untuk membubarkan undang-undang Ikhwan Muslimin.

Sementara itu, kumpulan Ikhwan Muslimin mengatakan akan fokus kepada demostrasi yang dirancang hari ini.

Semalam, siaran televisyen menunjukkan gambar penunjuk perasaan di bandar kedua terbesar negara itu.

Sabtu lalu, pihak keselamatan Mesir telah mengarahkan kawasan Masjid Al-Fath dibersihkan setelah penyokong Ikhwan Muslimin bersembunyi di dalamnya.

Konfrontasi itu ditersukan apabila berlaku tembak menembak di antara penunjuk perasaan dan pasukan keselamatan.

Kumpulan penyokong Ikhwan Muslimin  yang mengadakan demontrasi setiap hari sejak tindakan keras dilakukan kepada penujuk perasaan itu telah mengorbankan beratus-ratus orang.

Dalam pertembungan pada Jumaat, sekurang-kurangnya 173 terbunuh.

Perikatan Anti-Rampasan Kuasa Pro-Mursi mengumumkan rancangan mengadakan enam perarakan di Giza, berhampiran Kaherah, hari ini.

Mereka mula berarak dari masjid selepas solat dan berkumpul di Mahkamah Perlembagaan Agung di Maadi.

Tiga perarakan lain adalah di Kaherah pada masa yang sama menuju ke Heliopolis.

Share this article :

Posting Komentar

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cun blog - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger