Jaga jaga PAS Kelantan Najib dah bagi mesej

sinarharian
17 Februari 2013
Bo la weii mesej Najib kepada Pas Kelantan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak disambut mesra oleh anak-anak Kelantan pada Majlis Himpunan Perdana bersama Anak-Anak Kelantan di Stadium Putra Bukit Jalil di sini, h
KUALA LUMPUR - Bo la weii (cukuplah)! Demikian laung Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang disambut kira-kira 15,000 anak Kelantan di perantauan dalam pertemuan anak-anak Kelantan di sekitar Lembah Klang bersama pemimpin itu di sini, petang tadi.

Mesej bo la weii itu ditujukan khas kepada Pas yang mentadbir Kelantan sejak 1990.

"Kita tahu sudah banyak angkara berlaku. Sudah banyak dosa kepada rakyat Kelantan ini. Betul tuan-tuan?" soal Najib di program yang dinamakan Himpunan Perdana Anok-Anok Kelate 2013 di Stadium Putra Bukit Jalil di sini.

"Apa dosanya? Tanah dalam tangan dia hal siapa? Hak siapa?" soal Najib lagi di sambut dengan jawapan "rakyat."

Menurut sambutan yang ditunjukkan dan juga kematangan rakyat menilai kepimpinan kerajaan di bawah pembangkang, Najib yakin gelombang merah akan berjaya menakluk Kelantan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang akan diadakan tidak lama lagi.

"Ini menunjukkan bahawa orang Kelantan sudah bersedia," ujar Najib penuh semangat.

Barisan Nasional (BN), kata beliau, akan memastikan nasib rakyat Kelantan akan berubah jika gagasan itu diberi peluang untuk kembali berkuasa di negeri pantai timur itu.

"Kita akan betulkan semuanya ini. Jika kerajaan Barisan Nasional diberi mandat, kita akan pastikan setiap isi tanah Kelantan ini hak rakyat Kelantan.

"Sebagai perdana menteri, saya akan pastikan bahawa apa yang kita janji adalah janji yang ditepati," ujar Presiden Umno ini.

Sehubungan itu katanya, beliau bersetuju untuk memasukkan tujuh projek besar yang diumum kepada rakyat Kelantan baru-baru ini ke dalam manifesto pilihan raya BN.

Ia kata Najib, sebagai bukti kesungguhan BN untuk menjadikan Kelantan sebuah negeri berteraskan Islam yang selari dengan kemajuannya.

"Malah antara perkara itu yang boleh dilaksanakan lebih awal lagi, laksanakannya untuk kita memberi keyakinan kepada rakyat Kelantan bahawa (sekarang) masa untuk tukar," tegas Najib yang juga Pengerusi BN.

Tujuh projek yang diumum Najib baru-baru ini merangkumi pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Bharu, stadium baharu, masjid terbesar dan perumahan rakyat dengan peringkat permulaan melibatkan 3,000 unit.

Projek lain adalah mewujudkan sistem pengangkutan Rapid Kota Bharu, pembinaan kampus bandar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang boleh memuatkan 5,000 pelajar dan projek menyelesaikan masalah air.

Share this article :

Posting Komentar

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cun blog - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger