NEW YORK - Seorang penduduk di sini mencipta topi keledar yang berfungsi untuk mencukur rambut hanya dalam tempoh 20 saat, lapor sebuah akhbar semalam.
Topi keledar itu mempunyai empat pisau pencukur yang melakukan tugas dengan bantuan dua motor selain dilengkapi krim pencukur.
Klip video topi keledar itu disiarkan di laman URLesque.com dan dicipta oleh seorang lelaki dikenali hanya dengan nama Boris.
Dalam klip tersebut, seorang lelaki menguji topi keledar tersebut walaupun dia kelihatan menggigil.
Selepas dia memakai topi keledar itu, rambut lelaki berkenaan licin dicukur dan terdapat krim berwarna putih pada kulit kepalanya. - Agensi
Posting Komentar