Agak menghairankan bila Akta Perlindungan Data Peribadi telah diluluskan parlimen pada 2010 yang bertujuan mencegah penyalahgunaan data peribadi orang awam, tetapi salahguna maklumat peribadi hari ini adalah ditunjangi Perdana Menteri Malaysia sendiri.
Wikipedia mendefinisikan “Spam” sebagai suatu bentuk gangguan dalam perhubungan internet, biasanya dalam bentuk pesanan yang banyak yang tidak dikehendaki.
Asal-usul SPAM
Istilah “spam” dipercayai berasal dari sketsa Monty Python yang bertajuk “SPAM”. Ia adalah mengenai sebuah kafe yang menunya hampir semua dibuat dari daging lunceon SPAM.
Wikipedia juga menyatakan “spam” adalah juga singkatan untuk Stupid Pointless Annoying Message. Dari segi bahasa adalah ‘Pesanan yang Bodoh, Tidak munasabah, dan Menjengkelkan’.
SPAM oleh Perdana Menteri Malaysia dan BN
Merujuk kepada imej pesanan ringkas di sebelah, pihak yang sama juga dilaporkan telah menghantar spam dalam bentuk surat-surat atau kad ucapan ke peti-peti surat selain menghantar pesanan-pesanan ringkas ke telefon-telefon bimbit.
Malaysiakini – SMS ‘Himpunan Rakyat Bersama PM’ banjiri Lembah Klang
Tidak sampai 24 jam menjelang Himpunan Kebangkitan Rakyat yang dijadualkan di Stadium Merdeka esok, penduduk Lembah Klang dibanjiri SMS yang menjemput mereka ke satu lagi ‘Himpunan Rakyat’.“Himpunan Rakyat bersama Perdana Menteri pada 12 Jan (Sabtu) di Dataran TESCO Bandar Rinching Semenyih jam 9.00 pagi. Mari meriahkannya. Sayangi Selangor Yakini BN”. Begitulah kandungan SMS itu yang diperolehi oleh Malaysiakini.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka menghadiri
perhimpunan oleh Barisan Progresif India (IPF) di Dataran Tesco itu.
Baca berita penuh…
Akta Perlindungan Data Peribadi akan berkuatkuasa 1 JanuariKUALA LUMPUR 12 Dis. – Akta Perlindungan Data Peribadi yang bertujuan mencegah penyalahgunaan data peribadi orang awam untuk tujuan komersial, akan berkuatkuasa 1 Januari.Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang berkata, akta itu yang diluluskan Parlimen pada 2010, akan memainkan peranan penting dalam melindungi kepentingan individu dan menjadikannya satu kesalahan bagi entiti korporat atau individu untuk menjual maklumat peribadi atau membenarkan penggunaan data oleh pihak ketiga.Banyak pihak, katanya, merasakan penguatkuasaan akta itu adalah tepat pada masanya memandangkan akan memudahkan pemindahan dan penghantaran maklumat peribadi serta maklumat yang amat penting dengan lancar.“Ia memberikan orang ramai lebih banyak kawalan terhadap data peribadi mereka. Apabila persetujuan diperlukan untuk pemprosesan data, ia diberi dengan jelas dan bukannya secara tersirat atau rekaan,” katanya dalam ucaptama pada Sidang Kemuncak Tahunan Kedua Perlindungan Data Peribadi di sini hari ini. – BERNAMAArtikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121212/dn_36/Akta-Perlindungan-Data-Peribadi-akan-berkuatkuasa-1-Januari#ixzz2HitrLESF
© Utusan Melayu (M) Bhd
Posting Komentar