Teras Tidak Setuju BI Wajib Lulus


KUALA LUMPUR – Teras Pengupayaan Melayu (Teras) tidak bersetuju Bahasa Inggeris (BI) dijadikan sebagai mata pelajaran wajib lulus bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2016.

Presidennya, Mohd. Azmi Abdul Hamid mendakwa, pihaknya bimbang syarat itu akan menyebabkan ramai pelajar terkandas dalam SPM sekali gus boleh menjejaskan masa depan mereka.

“Penguasaan BI sepatutnya boleh dilakukan secara berterusan dan tidak perlu menjadi faktor yang menghadkan seseorang pelajar mendapat sijil SPM.

“Hal ini boleh merumitkan pelajar yang gagal BI untuk melanjutkan pelajaran dan mencari pekerjaan,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Mohd. Azmi berkata, pihaknya juga bimbang pelajar luar bandar paling terjejas dengan syarat itu kerana keadan di luar bandar bukan persekitaran yang kondusif untuk mereka menggunakan BI.

Dakwanya, pihak berwajib sepatutnya melakukan semakan ke atas teknik pengajaran dan pembelajaran serta kualiti guru yang mengajar BI daripada mensyaratkan BI wajib lulus untuk mendapat sijil SPM.

“Kami berpendapat syarat lulus BI akan menjadi beban kepada pelajar kerana fokus yang seharusnya diberi perhatian iaitu menguasai ilmu dalam bahasa ibunda,” dakwanya lagi.

Share this article :

Posting Komentar

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cun blog - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger