Kereta Curi Ditemui Polis Berkas Seorang Lelaki


GEORGETOWN – Polis menahan seorang lelaki susulan penemuan semula kereta yang dilapor hilang di Seberang Perai Tengah, dalam kejadian di kawasan letak kenderaan di sebuah pangsapuri di Jalan Sri Tanjung, Pulau Tikus, malam semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata kereta Proton Saga yang sebelum ini dilapor dicuri itu dikesan oleh anggota polis trafik yang memeriksa kenderaan di kawasan parkir tersebut pada pukul 10.32 malam.

Kereta berwarna hitam itu didapati menggunakan nombor pendaftaran motosikal dan selepas menunggu sejam, polis menahan seorang lelaki yang datang membuka pintu kereta tersebut, katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau berkata pemeriksaan lanjut polis mendapati nombor casis kereta sepadan dengan nombor pendaftaran sebuah kereta yang dilapor hilang baru-baru ini.

Menurut Gan, siasatan ke atas suspek berusia 30 tahun itu mendapati dia mempunyai dua rekod lampau membabitkan kes dadah dan kesalahan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Suspek yang tinggal di Tanjong Tokong itu juga positif dadah dan dia kini ditahan bagi membantu siasatan menurut Seksyen 379(A)(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan, katanya. – BERNAMA

Share this article :

Posting Komentar

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cun blog - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger