Betulkah Awie Buka Kelab Malam Di Ipoh

Betulkah Awie Buka Kelab Malam Di Ipoh?


Ketika ini, di beberapa laman portal sedang sibuk memperkatakan mengenai penyanyi rock negara, Awie telah membuka kelab malam di Ipoh.
Menurut laman berkenaan, kelab malam milik Awie itu dikenali dengan nama Malai Rock Station Bistro.
Apa yang menjadi tanya, jika benarlah ia milik penyanyi itu, maka tidakkah ia akan menjejaskan reputasi Awie sebagai seorang penyanyi yang beragama Islam?
Mana tidaknya, bila kita sebut saja kelab malam, ia pasti dikaitan dengan banyak isu tidak bermoral seperti minuman keras dan gadis-gadis seksi.
Malah, menerusi beberapa keping gambar di bawah ini, ia sudah menjelaskan segalanya.
Namun, sejauh mana kebenaran mengenai isu ini hanya Awie saja yang tahu.
Diharapkan kelab ini bukan milik Awie. Atau bukan milik sesiapa pun yang beragama Islam.
Sebenarnya tidak ada salahnya jika ingin membuka perniagaan, tetapi biarlah di jalan yang betul.
Gunakanlah rezeki itu di jalan yang betul dan bukan ke arah kebinasaan.
(Surah Al-Baqarah, Ayat 195)
Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, karana sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.
(Surah Al-Jumuah, Ayat 10)
Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi dan cari apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah serta ingatkan akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya di dunia dan di akhirat.
(Surah Al-Imran, Ayat 104)
Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung.

Share this article :

Posting Komentar

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cun blog - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger