Featured Post Today
print this page
Latest Post
Tampilkan postingan dengan label seorang. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label seorang. Tampilkan semua postingan

Anak Lelaki Salah Seorang Pemimpin Ikhwanul Muslimin Terbunuh Ditembak

  17 Ogos 2013
 
  Operasi pembersihan penyokong Morsi (Getty Images)
Kaherah - Keadaan Mesir kian panas. Seorang putera Mohamed Badie, pemimpin Ikhwanul Muslimin meninggal ketika melakukan aksi demonstrasi aman di Kaherah.

Seperti dikutip Reuters, Sabtu (17/8/2013), Ammar Badie (38), meninggal kerana  ditembak. Dia terkena peluru tentera Mesir ketika melakukan aksi demonstrasi di Ramses Square.

Ayahnya, Mohamed Badie, hingga kini belum diketahui keberadaannya. Mohamed Badie dituduh menghasut kekerasan dan akan menghadapi sidang yang dimulai pada 25 Ogos. Kematian anaknya mengikuti kematian puteri Mohamed El-Beltagi, seorang ahli politik  Ikhwanul senior, dalam aksi sebelumnya.

Televisyen pemerintah Mesir juga melaporkan bahawa bin Hassan Malek, pemimpin Ikhwanul lain, telah ditangkap. Polis juga menahan ahli politik Ikhwanul Gamal Heshmat. Heshmat adalah anggota terkemuka dari Parti Kebebasan dan Keadilan.

Sebelumnya Juru cakap gerakan Ikhwanul Muslimin, Gehad El-Haddad menegaskan, para penyokong Morsi akan terus melakukan aksi demo aman/damai setiap hari di berbagai wilayah Mesir.

"Mulai sekarang, minggu perpisahan untuk menggulingkan kudeta telah dimulai, dan semua aksi demo aman akan terus berlanjut setiap hari di semua wilayah Mesir di titik-titik massa yang sama," demikian pernyataan Haddad lewat akun Twitter miliknya seperti dilansir kantor berita AFP, Sabtu (17/8).

Seruan ini disampaikan Ikhwanul menyusul aksi demo massal yang terjadi pada Jumaat, 16 Ogos kemarin. Demo yang berhujung bentrokan dengan pasukan polis itu, menyebabkan  lebih dari 80 orang terbunuh di berbagai wilayah Mesir.

Kabinet Mesir mengeluarkan pernyataan usai bentrokan tersebut. Disebutkan bahawa otoriti Mesir kini sedang menghadapi "plot teroris."

"Kabinet menegaskan bahawa pemerintah, tentera, polis dan rakyat Mesir yang hebat bersatu dalam melawan plot teroris jahat oleh Ikhwanul Muslimin," demikian statemen Kabinet Mesir.
sumber:detikNews
0 komentar

Kereta Curi Ditemui Polis Berkas Seorang Lelaki


GEORGETOWN – Polis menahan seorang lelaki susulan penemuan semula kereta yang dilapor hilang di Seberang Perai Tengah, dalam kejadian di kawasan letak kenderaan di sebuah pangsapuri di Jalan Sri Tanjung, Pulau Tikus, malam semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata kereta Proton Saga yang sebelum ini dilapor dicuri itu dikesan oleh anggota polis trafik yang memeriksa kenderaan di kawasan parkir tersebut pada pukul 10.32 malam.

Kereta berwarna hitam itu didapati menggunakan nombor pendaftaran motosikal dan selepas menunggu sejam, polis menahan seorang lelaki yang datang membuka pintu kereta tersebut, katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau berkata pemeriksaan lanjut polis mendapati nombor casis kereta sepadan dengan nombor pendaftaran sebuah kereta yang dilapor hilang baru-baru ini.

Menurut Gan, siasatan ke atas suspek berusia 30 tahun itu mendapati dia mempunyai dua rekod lampau membabitkan kes dadah dan kesalahan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Suspek yang tinggal di Tanjong Tokong itu juga positif dadah dan dia kini ditahan bagi membantu siasatan menurut Seksyen 379(A)(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan, katanya. – BERNAMA
0 komentar

Catatan Pengalaman Seorang Penjawat Awan P 125 Putrajaya

Catatan Pengalaman Seorang Penjawat Awan P-125 Putrajaya  "Alhamdulillah, syukur kepada Allah atas peluang dan kesempatan yang diberi kepada saya sekeluarga menghadiri sesi ceramah politik oleh Pakatan Rakyat amnya dan PAS khasnya yang berlangsung di Presint 3, Putrajaya. Terima kasih kepada pihak JPA yang membenarkan penjawat awam untuk hadir ke acara demikian bagi memberi peluang kepada kami membuat penilaian sebelum memangkah pada Pilihanraya ke-13, 5 Mei 2013 nanti.  Berikut merupakan sebahagian kesimpulan yang dapat saya rumuskan sebagai seorang rakyat marhaen yang pertama kali hadir ke sesi penerangan oleh parti bukan kerajaan yang belum memerintah.  1. Sikap kesemua anak-anak muda yang saya temui amat menginsafkan saya. Waktu kami baru sampai sebaik meletakkan kereta di bahu jalan, tiba sekumpulan konvoi bermotor yang memegang bendera PAS dan PKR dalam keadaan yang aman.  Mereka sama2 meletakkan motorsikal dalam keadaan tersusun dalam suasana yang sungguh tertib, tiada hiruk pikuk atau jerit pekik sebelum mereka mengambil gambar bersama bendera parti masing2. Saya, suami dan anak2 terkedu...  Cara berpakaian dan adab anak2 muda dan orang ramai yang hadir juga amat menyejukkan mata dan hati yang memandang. Semuanya dalam keadaan tenang dan mengukir senyuman.  Terdapat sekumpulan anak2 muda yang bertugas sebagai sukarelawan yang memakai vest Unit Amal yang tugasnya mengutip sampah sarap yang tertinggal di kawasan ceramah.  Saya masih ingat, sebelum sempat pengacara mengingatkan supaya hadirin tidak meninggalkan sebarang sampah di kawasan ceramah semasa sesi berakhir, beberapa orang hadirin sudah mula mengingatkan ahli keluarga supaya mengutip sampah dan bersihkan tempat duduk sebelum beredar.  2. Tiada sebarang kata-kata kesat, caci maki atau fitnah yang dikeluarkan sepanjang majlis oleh kesemua penceramah. Ini sangat jauh berbeza dengan apa yang sering dipaparkan di tv arus perdana yang sering mengatakan pihak mereka ini suka menyebarkan fitnah dan menakut-nakutkan orang ramai.  Semua kenyataan yang diberikan contohnya mengenai hutang adalah berdasarkan fakta. Mereka lebih banyak menyatakan tawaran dan perubahan yang akan ditawarkan kepada rakyat dan penjawat awam khasnya jika diizinkan Allah untuk memerintah.   Antara yang saya ingat selain dari pembinaan maahad tahfiz sains dan bonus empat bulan (penjawat awam): i. Rumah kuaters yang diduduki akan ditawarkan secara sewa beli dan boleh menjadi hak milik penjawat awam. ii. Pinjaman kenderaan dan perumahan sebanyak 4% akan dihapuskan sebagai mana yang dibuat di negeri Kelantan. iii. Lebih banyak program keagamaan dan berbentuk kekeluargaan berlandaskan syarak akan diadakan di Putrajaya.  3. Ramai hadirin yang hadir bersama keluarga dan membawa sekali anak2 yang masih kecil dan berpiknik di sana. Menurut laporan, kehadiran dianggarkan seramai 20,000 orang bukan sahaja dari Putrajaya, malahan kawasan sekitarnya. Suasana pada malam itu meleset daripada apa yang saya jangkakan. Pada anggapan saya, sudah tentu akan berpeluh dan panas kerana orang yang ramai. Tetapi alhamdulillah kuasa Allah suasana terasa nyaman dan mendamaikan walaupun dalam suasana berpuluh ribu manusia. Ada hujan rintik2 sekejap tapi tidak ada seorang pun yang berganjak bila hujan turun.  4. Sebelum majlis dimulakan, lagu qasidah dipasang untuk diperdengarkan. Sebelum dan sesudah majlis diiringi dengan doa dan menyerahkan segalanya kepada Allah.  5. Alhamdulillah anak2 tidak banyak meragam dan masing2 tidur sendiri bila mengantuk. Keberkatan dan aura dalam majlis bersama ulama menjadikan suasana di situ tidak dapat saya gambarkan dengan kata2.  6. Sejak kecil lagi saya mengimpikan suasana dan kehidupan sebegini yang menjadikan ulama sebagai ikutan dan Al-Quran dan hadith sebagai panduan tidak kira parti mana yang memerintah. Semoga Allah perkenankan impian hamba yang lemah lagi hina ini..."
Catatan Pengalaman Seorang Penjawat Awan P-125 Putrajaya
"Alhamdulillah, syukur kepada Allah atas peluang dan kesempatan yang diberi kepada saya sekeluarga menghadiri sesi ceramah politik oleh Pakatan Rakyat amnya dan PAS khasnya yang berlangsung di Presint 3, Putrajaya. Terima kasih kepada pihak JPA yang membenarkan penjawat awam untuk hadir ke acara demikian bagi memberi peluang kepada kami membuat penilaian sebelum memangkah pada Pilihanraya ke-13, 5 Mei 2013 nanti.

Berikut merupakan sebahagian kesimpulan yang dapat saya rumuskan sebagai seorang rakyat marhaen yang pertama kali hadir ke sesi penerangan oleh parti bukan kerajaan yang belum memerintah.

1. Sikap kesemua anak-anak muda yang saya temui amat menginsafkan saya. Waktu kami baru sampai sebaik meletakkan kereta di bahu jalan, tiba sekumpulan konvoi bermotor yang memegang bendera PAS dan PKR dalam keadaan yang aman.

Mereka sama2 meletakkan motorsikal dalam keadaan tersusun dalam suasana yang sungguh tertib, tiada hiruk pikuk atau jerit pekik sebelum mereka mengambil gambar bersama bendera parti masing2. Saya, suami dan anak2 terkedu...

Cara berpakaian dan adab anak2 muda dan orang ramai yang hadir juga amat menyejukkan mata dan hati yang memandang. Semuanya dalam keadaan tenang dan mengukir senyuman.

Terdapat sekumpulan anak2 muda yang bertugas sebagai sukarelawan yang memakai vest Unit Amal yang tugasnya mengutip sampah sarap yang tertinggal di kawasan ceramah.

Saya masih ingat, sebelum sempat pengacara mengingatkan supaya hadirin tidak meninggalkan sebarang sampah di kawasan ceramah semasa sesi berakhir, beberapa orang hadirin sudah mula mengingatkan ahli keluarga supaya mengutip sampah dan bersihkan tempat duduk sebelum beredar.

2. Tiada sebarang kata-kata kesat, caci maki atau fitnah yang dikeluarkan sepanjang majlis oleh kesemua penceramah. Ini sangat jauh berbeza dengan apa yang sering dipaparkan di tv arus perdana yang sering mengatakan pihak mereka ini suka menyebarkan fitnah dan menakut-nakutkan orang ramai.

Semua kenyataan yang diberikan contohnya mengenai hutang adalah berdasarkan fakta. Mereka lebih banyak menyatakan tawaran dan perubahan yang akan ditawarkan kepada rakyat dan penjawat awam khasnya jika diizinkan Allah untuk memerintah.

Antara yang saya ingat selain dari pembinaan maahad tahfiz sains dan bonus empat bulan (penjawat awam):
i. Rumah kuaters yang diduduki akan ditawarkan secara sewa beli dan boleh menjadi hak milik penjawat awam.
ii. Pinjaman kenderaan dan perumahan sebanyak 4% akan dihapuskan sebagai mana yang dibuat di negeri Kelantan.
iii. Lebih banyak program keagamaan dan berbentuk kekeluargaan berlandaskan syarak akan diadakan di Putrajaya.

3. Ramai hadirin yang hadir bersama keluarga dan membawa sekali anak2 yang masih kecil dan berpiknik di sana. Menurut laporan, kehadiran dianggarkan seramai 20,000 orang bukan sahaja dari Putrajaya, malahan kawasan sekitarnya. Suasana pada malam itu meleset daripada apa yang saya jangkakan. Pada anggapan saya, sudah tentu akan berpeluh dan panas kerana orang yang ramai. Tetapi alhamdulillah kuasa Allah suasana terasa nyaman dan mendamaikan walaupun dalam suasana berpuluh ribu manusia. Ada hujan rintik2 sekejap tapi tidak ada seorang pun yang berganjak bila hujan turun.

4. Sebelum majlis dimulakan, lagu qasidah dipasang untuk diperdengarkan. Sebelum dan sesudah majlis diiringi dengan doa dan menyerahkan segalanya kepada Allah.

5. Alhamdulillah anak2 tidak banyak meragam dan masing2 tidur sendiri bila mengantuk. Keberkatan dan aura dalam majlis bersama ulama menjadikan suasana di situ tidak dapat saya gambarkan dengan kata2.

6. Sejak kecil lagi saya mengimpikan suasana dan kehidupan sebegini yang menjadikan ulama sebagai ikutan dan Al-Quran dan hadith sebagai panduan tidak kira parti mana yang memerintah. Semoga Allah perkenankan impian hamba yang lemah lagi hina ini..."
sumber :P-125 Putrajayas photo.
0 komentar

Foto Proses Aborsi Seorang Cewek ABG Gatahan Gausah Liat



0 komentar
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cun blog - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger