Featured Post Today
print this page
Latest Post
Tampilkan postingan dengan label sendiri. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label sendiri. Tampilkan semua postingan

Alamak! Kerana Menyesal Mencuri Pemuda Mesir Ini Memotong Tangannya Sendiri !!!

Posted by putramelayu 
 

Mencuri adalah perbuatan tercela. Dalam Hukum Islam, seseorang yang mencuri sesuatu dengan kadar tertentu dapat dijatuhi hukuman potong tangan. Tapi hal itu tentu saja setelah melalui proses persidangan dengan memperhatikan syarat-syarat, kondisi, nishab serta ketentuan lainnya. Dan hanya negaralah yang berhak melaksanakan hukuman tersebut. 

Tapi apa yang dilakukan oleh seorang pemuda dari Mesir ini sungguh di luar dugaan. Kerana menyesali perbuatannya, pemuda ini nekat memotong tangannya sendiri.
Ali Afifi, nama pemuda tersebut, awalnya memotong tangan kirinya beberapa tahun lalu dengan cara meletakkan tangannya tersebut di rel kereta api! Perbuatan itu ia lakukan kerana menyesali aksi pencurian yang telah ia lakukan. 

Tapi rupanya hal tersebut tidak membuat dirinya jera. Ia pun masih tetap mencuri. Akhirnya ia pun memotong tangan kanannya dengan cara yang sama, dengan tujuan agar ia tidak boleh lagi melakukan pencurian.
Ali Afifi setelah memotong kedua tangannya di rel kereta api
Dalam sebuah wawancara televisyen di acara ‘Mishr al-Jadidah” bersama host Mu’taz al-Damardash, Ali mengatakan bahawa dirinya sangat menyesali segala aksi pencurian yang dilakukannya selama ini, tapi dirinya sama sekali tidak menyesal telah memotong tangannya!!! Ckckckck…
Ali Afifi
Ali Afifi dan kegiatannya sekarang
sumber:putramelayu
0 komentar

Fazura menjana pendapatan sendiri Butik House Of Doll

Salam semua,

Pada sidang media di kuala lumpur baru-baru ini,fazura berkata akan mengutamakan perniagaan dahulu berbanding dengan bidang lakonan.

Bukan kecil modal yang dikeluarkan aktres yang mula dikenali menerusi filem Bicara Hati ini.Meskipun merahsiakan jumlah sebenar, khabarnya modal yang dikeluarkan adalah berjumlah ratusan ribu ringgit.

Tegas Fazura, semua wang yang dikeluarkan untuk membuka perniagaan itu adalah hasil keringatnya sepanjang bergelar anak seni dan bukannya ditaja sesiapa.“Bagi mereka yang suka menyangka bukan-bukan, mereka harus sedar bahawa saya juga ada pendapatan sendiri. Saya dibayar untuk berlakon. Itu tidak termasuk pendapatan yang diperoleh dari hasil saya menjadi duta produk. Tak perlulah untuk saya beritahu berapa wang yang saya ada dalam bank.“Beratus ribu juga saya habis untuk membuka perniagaan ini.

” Semuanya adalah duit simpanan saya sepanjang menjadi anak seni dan saya tidak membuat pinjaman bank langsung. Tak percaya sila tanya ‘banker’ saya yang ada di sini,” katanya kepada Berita Harian.

Dua tahun lamanya Fazura merancang untuk pembukaan butik ini.Bukan sekadar menggunakan nama dan popularitinya semata-mata, jelas Fazura semua perkara membabitkan butiknya itu adalah idea dan juga cita rasanya dengan dibantu pereka fesyen, Rizman Ruzaini.“Dari sekecil-kecil cincin hinggalah pakaian berkonsepkan adi busana, semuanya adalah lahir dari cita rasa dan rekaan saya sendiri bersama Rizman.

Harganya juga tidak terlalu mahal dan mampu dibeli oleh peminat,” jelasnya yang kelihatan cukup anggun mengenakan dress paras paha rona fuchsia yang juga berjenama HOD.Ditanya apakah dia akan sentiasa berada di butik itu untuk melayan peminat yang ingin membeli pakaiannya, Fazura berkata perkara itu tertakluk pada jadualnya.“Jika saya tidak terbabit dalam sebarang penggambaran, saya akan berada di butik. Jika tidak, kakitangan saya akan membantu mereka,” jelasnya.


0 komentar
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cun blog - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger