Featured Post Today
print this page
Latest Post
Tampilkan postingan dengan label jadi. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label jadi. Tampilkan semua postingan

Tablet Jadi Pilihan Ganti Komputer


Walaupun tablet tidak mampu menggantikan sepenuhnya fungsi dan kebolehan sebuah komputer, namun ia tetap memberi manfaat kepada pengguna.

Berbanding penggunaan komputer, tablet didatangkan khusus dengan reka bentuk yang lebih ringan dan mudah dibawa ke mana-mana tanpa memerlukan ruangan besar untuk simpanan.

Bahkan fungsinya yang membolehkan pengguna melakukan kerja seperti tugasan pejabat, melayari internet atau penggunaan lain-lain aplikasi, amat memudahkan sesuatu tugasan itu diselesaikan.

Samsung

Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd. sentiasa mengikut nadi perubahan citarasa pengguna dengan menawarkan produk yang bukan sahaja relevan malah pelengkap pelbagai permintaan gaya hidup, sekali lagi menawarkan produk terbaik apabila memperkenalkan Samsung Galaxy Tab 3 10.1.

Samsung Galaxy Tab 3 10.1 kini boleh didapati dengan sokongan teknologi 4G LTE melalui sistem pemprosesan Intel XMM 7160.

Tablet Android Samsung berkenaan yang dikuasakan pemproses Intel merupakan yang pertama seumpamanya untuk produk Samsung dan dilengkapi dengan cip Intel Atom Z2560, serta menyokong LTE dengan prestasi dan kuasa lebih tinggi serta bateri lebih cekap.

Menurut pelancaran tablet tersebut Samsung amat yakin dengan penerimaan orang ramai terhadap sistem itu.

Lebih menarik, Samsung Galaxy Tab 3 10.1 menggabungkan reka bentuk lebih nipis dengan capaian pre-

Ninetology

Ninetology merupakan syarikat teknologi peranti mudah alih Asia Tenggara yang begitu agresif dan berusaha mencapai pertumbuhan memberangsangkan.

Ninetologi berbangga dapat bersaing dengan teknologi global dan piawaian antarabangsa yang terkemuka serta peka dengan ketelitian, seni dan kecantikan.

Dengan berpandukan inspirasi gaya hidup yang pantas dan penuh keberanian, produk Ninetologi mendapat ilham daripada penyelesaian yang ada pada hari ini untuk tahap kebolehgunaan dan fungsi yang tinggi.

Mei lalu, Ninetology tampil dengan produk baru tablet Ninetology outlook Pure (T8700) dan berada di pasaran pada Jun.

Tablet yang baru dilancarkan itu didatangkan bersama perkhidmatan jalur lebar 3G yang ditawarkan Clixster Mobil, selain mempunyai aplikasi yang mesra untuk seisi keluarga.

Selain Outlook Pure, Ninetology turut menawarkan Outlook Tablet dan Outlook Express.

Alcatel

Alcatel Onetouch adalah jenama di dalam TCL Communication, firma antarabangsa pelbagai budaya yang mereka bentuk, membangunkan dan memasarkan secara global rangkaian peranti mudah alih dan internet yang semakin berkembang.

Ogos 2013, Alcatel memperkenalkan One Touch Evo7 bersaiz 7 inci dengan paparan skrin 1024 x 600 serta lebih ringan seberat 395 gram.

Tablet terbaru ini turut dilengkapi dengan sambungan WiFi, 3G dan LTE.

Selain itu, pelbagai produk tablet turut ditawarkan Alcatel antaranya Alcatel One Touch Tab 7HD, One Touch Tab 7 (kuasa kompak) yang dikuasakan dengan pemprosesan dual teras. – Sinar Harian
0 komentar

Telinga wanita ini jadi sarang ulat

Seorang wanita bernama Catherine McCann sepertinya adalah seorang wanita yang mengalami hal paling mengerikan sekaligus menjijikan, bagaimana tidak, di dalam telinga wanita berusia 92 tahun itu ditemukan sekitar 57 ulat .

Menurut sebuah sumber, sekitar 57 ulat ditemukan tengah merangkak di telinga Catherine McCann (92 tahun) ketika dia berada di sebuah rumah kebajikan  yang mana keluarganya telah mengeluarkan biaya lebih dari 6,000 poundsterling setiap bulannya.

“Saya merasa ngeri, terkejut dan berfikir mengerikan, saya membayar semua wang untuk jenis perawatan seperti itu,” ujar  suaminya John McCann (88 tahun).

Catherine diketahui memiliki penyakit Alzheimer’s stadium lanjut yang mana ia tidak boleh berbicara dan juga tidak mampu mengurus dirinya sendiri, kerana itu sang suami mengirimnya untuk dirawat di sebuah rumah jompo. Namun wang yang sudah susah payah dikeluarkan membuat keluarga ini kecewa.

Para medis yang merawat Catherine percaya kondisi ini dimulai ketika ada seekor lalat yang masuk ke telinga dan meletakkan telur-telur tersebut hingga menetas menjadi 57 semuanya.

Staf dari rumah jompo akhirnya membawa Catherine ke rumah sakit setelah melihat dia menggaruk dan menarik-naik telinganya. Ketika sampai di bangsal rumah sakit, satu ulat ditemukan merangkak keluar dari telinganya.

Rumah jompo tempat Catherine tinggal sebenarnya ingin mengubati infeksi yang disebabkan oleh membesarnya saluran telinga. Dan doktor telah memeriksanya sekitar 9 hari sebelum ulat-ulat tersebut ditemukan serta meresepkan ubat titis untuk menghilangkan penumpukan lilin di telinganya.

Namun keluarga mempertanyakan bagaimana Catherine boleh menerima pengubatan untuk telinga bahagian kirinya jika selama ini di dalamnya terdapat berpuluh-puluh ulat.

Ahli bedah pun akhirnya mengeluarkan 57 ulat dari telinga Catherine, doktor pun membuat rakaman video untuk mendokumentasikan ulat tersebut. Ketika berhasil dikeluarkan dan dianalisis, para ahli menyimpulkan ulat tersebut telah ada di telinga Catherine selama 2-3 hari.
SUMBER

0 komentar
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cun blog - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger