Featured Post Today
print this page
Latest Post
Tampilkan postingan dengan label ditemui. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label ditemui. Tampilkan semua postingan

Ratusan Mayat Ditemui dalam Kuburan di Bosnia

02 Nov 2013
 
 Sumber foto: Reuters
Bosnia, - Para Ilmuwan forensik di Bosnia terus menggali kuburan massal dimana terkubur ratusan mayat korban konflik perang . Mayat yang terkubur ini adalah korban perang yang terjadi pada 1990-an.

Dikutip dari BBCnews.com, Sabtu (2/11/2013) sejauh ini sudah ada 360 mayat yang terkumpul. Pada ketika itu warga non-Serbia dianiaya oleh tentera Serbia Bosnia selama perang.

Kuburan itu terletak di desa Tomasica di Bosnia. Desa Tomasica memiliki luas lebih dari 5,000 meter persegi. Mayat-mayat tersebut terkubur di kedalaman 10 meter.

Para ilmuawan percaya bahawa ada sekitar 1,000 Muslim Bosnia dan etnik Kroasia lelaki, wanita dan anak-anak yang akan ditemui kembali. Pasukan forensik telah menemui peluru di dalam kuburan tersebut. Hal ini menunjukkan bahawa beberapa korban ditembak di lokasi. Kejamnya

Sumber:detikNews
0 komentar

Kereta Curi Ditemui Polis Berkas Seorang Lelaki


GEORGETOWN – Polis menahan seorang lelaki susulan penemuan semula kereta yang dilapor hilang di Seberang Perai Tengah, dalam kejadian di kawasan letak kenderaan di sebuah pangsapuri di Jalan Sri Tanjung, Pulau Tikus, malam semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata kereta Proton Saga yang sebelum ini dilapor dicuri itu dikesan oleh anggota polis trafik yang memeriksa kenderaan di kawasan parkir tersebut pada pukul 10.32 malam.

Kereta berwarna hitam itu didapati menggunakan nombor pendaftaran motosikal dan selepas menunggu sejam, polis menahan seorang lelaki yang datang membuka pintu kereta tersebut, katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau berkata pemeriksaan lanjut polis mendapati nombor casis kereta sepadan dengan nombor pendaftaran sebuah kereta yang dilapor hilang baru-baru ini.

Menurut Gan, siasatan ke atas suspek berusia 30 tahun itu mendapati dia mempunyai dua rekod lampau membabitkan kes dadah dan kesalahan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Suspek yang tinggal di Tanjong Tokong itu juga positif dadah dan dia kini ditahan bagi membantu siasatan menurut Seksyen 379(A)(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan, katanya. – BERNAMA
0 komentar

Planet baru ditemui penyelidik Qatar

LAKARAN artis menunjukkan planet Qatar-1b.

DOHA - Sepasukan ahli astronomi diketuai Qatar bagi mencari planet baru di cakerawala telah menemui sebuah planet yang mengelilingi sebuah bintang yang terletak sejauh 500 tahun cahaya dari Bumi.

Planet tersebut dinamakan Qatar-1b, sempena nama negara Asia Barat itu.
Planet itu sebahagian besarnya terbentuk daripada gas dan 20 peratus lebih besar berbanding Musytari iaitu planet kelima dan terbesar dalam sistem suria.
Yayasan Qatar Bagi Pembangunan Pendidikan, Sains Dan Komuniti semalam memberitahu, penemuan planet baru itu akan dilaporkan dalam jurnal bulanan, Monthly Notices of the Royal Astronomical Society.
"Penemuan planet Qatar-1b merupakan pencapaian yang hebat sekali gus membuktikan komitmen Qatar untuk menjadi pelopor dalam bidang sains inovatif dan penyelidikan," kata ketua bancian sistem planet luar suria yang juga pengarah penyelidikan yayasan berkenaan, Dr Khalid Al Subai.
Seorang lagi ahli astronomi dalam penyelidikan itu, Professor Keith Horne dari Universiti St. Andrews di Scotland berkata, planet Qatar-1b membuat pusingan lengkap mengelilingi bintangnya setiap 1.4 hari bermakna satu tahun di planet itu menyamai 34 jam di Bumi.
Sebahagian planet itu menghadap bintangnya berbeza dengan Bumi yang berputar pada setiap 24 jam yang menyebabkan berlakunya siang dan malam. - AFP
Source Link
0 komentar
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cun blog - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger