Featured Post Today
print this page
Latest Post
Tampilkan postingan dengan label sokongan. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label sokongan. Tampilkan semua postingan

Sokongan terhadap ketua menteri Sabah menjunam


October 05, 2012

KUALA LUMPUR, 5 Okt — Kaji selidik Merdeka Centre mendapati para pengundi Sabah gembira dengan prestasi Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak akan tetapi kedudukan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, jatuh menjunam.
Kedudukan Najib tetap kukuh dengan sokongan sebanyak 75 peratus, tetapi kedudukan Musa (foto fail) turun daripada 60 peratus berbanding November 2009 menjadi 45 peratus pada bulan September lalu, sekaligus memberi petunjuk kerajaan Barisan Nasional (BN) akan berhadapan halangan sukar menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Majoriti pengundi sebanyak 57 peratus yang terlibat dalam kaji selidik juga dilaporkan tidak berpuas hati dengan prestasi ekonomi Sabah.
Firma penyelidikan bebas tersebut berkata bahawa kepuasan pengundi terhadap kerajaan negeri kekal positif pada 56 peratus tetapi angka tersebut juga mengalami penurunan enam peratus daripada 62 peratus pada bulan November 2009.
Namun, populariti Musa yang menurun nampak membimbangkan memandangkan kaji selidik Merdeka Center menunjukkan penurunan tersebut adalah melibatkan dikalangan pengundi bumiputera muslim yang dianggap sebagai tulang belakang kepada Umno.
Dikalangan pengundi bumiputera muslim, kedudukan Musa jatuh daripada 72 peratus pada November 2009 berbanding 51 peratus pada bulan lepas.
Manakala kepuasan pengundi kepada Najib kekal tinggi, dengan 75 peratus maklumbalas memihak kepada beliau jatuh sedikit berbanding 77 peratus yang dicatatkan pada November 2009.
Kesimpulan kaji selidik ini menunjukkan bahawa jentera BN perlu bergantung kepada populariti Presiden Umno untuk memenangi semula majoriti kerusi di negeri itu.
Sabah dan Sarawak adalah negeri yang sangat penting bagi BN dan Pakatan Rakyat (PR) kerana kedua-dua perlu memenangi sebanyak mungkin kerusi di dua negeri tersebut jika mahu menawan Putrajaya pada PRU nanti.
Pada PRU 2008, BN kehilangan undi popular di semenanjung Malaysia dan penganalisis berkata sentimen tersebut  akan kekal sama menjelang pilihan raya akan datang dalam beberapa bulan ini.
BN pastinya berhasrat untuk mengekalkan undi Sabah dan Sarawak sebagai simpanan tetap mereka memandangkan pilihan raya kali ini dijangkakan yang paling sengit dalam sejarah negara.
“Pada pandangan kami, perbezaan ketara terhadap persepsi pengundi ke atas kepimpinan utama politik dan kerajaan negeri mencerminkan sentimen ‘Sabah-sentrik’ yang ditunjukkan oleh pengundi. Ia juga menunjukkan bahawa pengundi mempunyai harapan  berbeza terhadap kepimpinan politik di pelbagai peringkat,” kata Merdeka Centre dalam kenyataan media disertakan dengan keputusan kaji selidik.
Dalam bahagian pertama kaji selidik yang dikeluarkan awal minggu ini, Merdeka Centre mendapati hanya 54 peratus pengundi yang ditinjau pada September tahun lepas merasakan Sabah sedang menuju ke landasan yang betul berbanding 66 peratus pada November 2009.
Antara lima faktor penurunan tersebut termasuklah isu pendatang tanpa izin, rasa tidak puas hati dengan kepimpinan politik, kos hidup yang tinggi, dan “persepsi” bahawa Sabah masih “ketinggalan” dalam pembangunan ekonomi dan infrastruktur
0 komentar

PAS mendapat sokongan dari pelbagai lapisan termasuk pegawai tinggi kerajaan

  Harakahdaily

PAS bukan parti kampung, sedia tadbir negara

Muhammad Yusri Amin, 19 Nov 2012
KOTA BHARU: PAS bukan ‘parti kampung’ bahkan sebuah parti yang kini bersedia untuk mentadbir Malaysia, kata Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.

Beliau berkata PAS kini didukung ahli dari pelbagai lapisan termasuk pegawai tinggi kerajaan dan pegawai keselamatan yang telah bersara.

(Gambar: Husam bersama petugas Harakah di muktamar.)

Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan berkata Ucapan Dasar Presiden pada Muktamar Tahunan PAS ke-58 meletakkan PAS bukan saja untuk PAS tetapi juga PAS untuk semua.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Muktmar Tahunan PAS ke-58 yang berakhir di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik) dekat sini petang semalam.

“Hendak membentuk sebuah kerajaan mesti ada pelbagai aliran kekuatan termasuk pegawai-pegawai tinggi kerajaan dan pegawai dari pasukan keselamatan yang telah bersara.

“Dan ini membuktikan PAS tidak lagi sebuah ‘parti kampung’ tetapi sebuah parti yang bersedia untuk mentadbir kerajaan secara yang baik,” ujarnya.

Katanya,, ucapan penggulungan Presiden PAS menunjukkan beliau seorang pemimpin sudah teruji, bahkan bersedia untuk memimpin rakyat Malaysia pelbagai kaum serta menguasai isu-isu governance dengan cekap.

Beliau turut mengulas isu ‘pengkhianatan Umno’  terhadap Melayu.

Husam mendakwa itu merupakan isu besar yang akan diikuti follow-up program-program yang lain selepas ini.

Ini, ujarnya penting supaya rakyat di luar bandar boleh faham bahawa sebenarnya selama ini mereka adalah terpinggir kerana kecuaian atau pun pengkhianatan Umno.

Mengenai calon PAS untuk PRU13, beliau berharap calon itu mestilah seorang berbudi baik dari perspektif Islam,  beriman, bertaqwa dan ada track record serta rapat dan mesra dengan pengundi
0 komentar
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cun blog - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger