Featured Post Today
print this page
Latest Post
Tampilkan postingan dengan label sabah. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label sabah. Tampilkan semua postingan

Sokongan terhadap ketua menteri Sabah menjunam


October 05, 2012

KUALA LUMPUR, 5 Okt — Kaji selidik Merdeka Centre mendapati para pengundi Sabah gembira dengan prestasi Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak akan tetapi kedudukan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, jatuh menjunam.
Kedudukan Najib tetap kukuh dengan sokongan sebanyak 75 peratus, tetapi kedudukan Musa (foto fail) turun daripada 60 peratus berbanding November 2009 menjadi 45 peratus pada bulan September lalu, sekaligus memberi petunjuk kerajaan Barisan Nasional (BN) akan berhadapan halangan sukar menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Majoriti pengundi sebanyak 57 peratus yang terlibat dalam kaji selidik juga dilaporkan tidak berpuas hati dengan prestasi ekonomi Sabah.
Firma penyelidikan bebas tersebut berkata bahawa kepuasan pengundi terhadap kerajaan negeri kekal positif pada 56 peratus tetapi angka tersebut juga mengalami penurunan enam peratus daripada 62 peratus pada bulan November 2009.
Namun, populariti Musa yang menurun nampak membimbangkan memandangkan kaji selidik Merdeka Center menunjukkan penurunan tersebut adalah melibatkan dikalangan pengundi bumiputera muslim yang dianggap sebagai tulang belakang kepada Umno.
Dikalangan pengundi bumiputera muslim, kedudukan Musa jatuh daripada 72 peratus pada November 2009 berbanding 51 peratus pada bulan lepas.
Manakala kepuasan pengundi kepada Najib kekal tinggi, dengan 75 peratus maklumbalas memihak kepada beliau jatuh sedikit berbanding 77 peratus yang dicatatkan pada November 2009.
Kesimpulan kaji selidik ini menunjukkan bahawa jentera BN perlu bergantung kepada populariti Presiden Umno untuk memenangi semula majoriti kerusi di negeri itu.
Sabah dan Sarawak adalah negeri yang sangat penting bagi BN dan Pakatan Rakyat (PR) kerana kedua-dua perlu memenangi sebanyak mungkin kerusi di dua negeri tersebut jika mahu menawan Putrajaya pada PRU nanti.
Pada PRU 2008, BN kehilangan undi popular di semenanjung Malaysia dan penganalisis berkata sentimen tersebut  akan kekal sama menjelang pilihan raya akan datang dalam beberapa bulan ini.
BN pastinya berhasrat untuk mengekalkan undi Sabah dan Sarawak sebagai simpanan tetap mereka memandangkan pilihan raya kali ini dijangkakan yang paling sengit dalam sejarah negara.
“Pada pandangan kami, perbezaan ketara terhadap persepsi pengundi ke atas kepimpinan utama politik dan kerajaan negeri mencerminkan sentimen ‘Sabah-sentrik’ yang ditunjukkan oleh pengundi. Ia juga menunjukkan bahawa pengundi mempunyai harapan  berbeza terhadap kepimpinan politik di pelbagai peringkat,” kata Merdeka Centre dalam kenyataan media disertakan dengan keputusan kaji selidik.
Dalam bahagian pertama kaji selidik yang dikeluarkan awal minggu ini, Merdeka Centre mendapati hanya 54 peratus pengundi yang ditinjau pada September tahun lepas merasakan Sabah sedang menuju ke landasan yang betul berbanding 66 peratus pada November 2009.
Antara lima faktor penurunan tersebut termasuklah isu pendatang tanpa izin, rasa tidak puas hati dengan kepimpinan politik, kos hidup yang tinggi, dan “persepsi” bahawa Sabah masih “ketinggalan” dalam pembangunan ekonomi dan infrastruktur
0 komentar

Tempah Maut Kalau Nak Serang Sabah


JOHOR BAHARU – Cubaan pengganas Sulu untuk melancarkan serangan kedua terhadap Sabah hanya akan mengundang maut dan berakhir dengan kegagalan, kata Pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) Muslimin Sema.

Beliau berkata cubaan kumpulan yang serba kekurangan daripada segi persenjataan itu untuk mengulangi pencerobohan terhadap Sabah hanya merupakan ‘misi membunuh diri’ kerana mereka akan berdepan dengan pasukan tentera Malaysia yang tersusun rapi dan lengkap bersenjata.

“Sebarang rancangan untuk melancarkan serangan kedua terhadap Sabah akan menerima padah, sama seperti yang telah dialami pasukan Harakiri Jepun,”katanya dalam wawancara dengan Bernama melalui telefon dari Manila.

Muslimin, yang dipilih badan pembuat keputusan tertinggi pergerakan itu, Jawatankuasa Pusat MNLF, untuk menyandang jawatan tersebut pada 2008, berkata kumpulan bersenjata Sulu tidak akan dapat mengalahkan tentera Malaysia yang serba lengkap.

“Saya menasihati mereka supaya berfikir banyak kali (tentang sebarang cubaan untuk melancarkan serangan kedua). Janganlah melakukan keganasan di tempat yang aman. Ada forum lain untuk menyuarakan isu mereka,” katanya.

Muslimin berkata demikian apabila diminta mengulas khabar angin yang tersebar di Sabah kononnya pengganas Sulu, iaitu pengikut Jamalul Kiram 111 yang tinggal di Manila, merancang untuk melancarkan serangan kedua terhadap Sabah.

Menurut khabar angin itu, kumpulan berkenaan merancang melakukan serangan kedua ketika sambutan Aidilfitri atau pada petang menjelang Hari Merdeka untuk menebus kegagalan misi mereka di Lahad Datu dan Semporna pada Februari lepas.

Ketua Menteri Datuk Musa Aman baru-baru ini berkata walaupun perkara itu hanya merupakan khabar angin dan perang saraf pihak tertentu, namun kerajaan tetap memandang berat mengenainya dan telah mengambil langkah untuk meningkatkan kawalan keselamatan di Sabah.

Berikutan insiden pencerobohan pengganas Sulu itu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah meningkatkan benteng pertahanannya di pantai timur Sabah.

Dalam pertempuran di Kampung Tanduo, Lahad Datu dan Kampung Simunul, Semporna, lebih 70 pengganas Sulu terbunuh, manakala 10 anggota tentera dan polis Malaysia terkorban.

Dalam operasi susulan, berpuluh pengganas Sulu, termasuk pemerintah tertingginya Datuk Amir Bahar Hushin Kiram ditahan pihak berkuasa Malaysia.

Bagi meningkatkan kawalan keselamatan dan memperkukuh barisan pertahanan daripada sebarang ancaman dan pencerobohan di sempadan Sabah, kerajaan menubuhkan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) pada 1 April lepas.

Muslimin berkata untuk mendapatkan gambaran lebih jelas tentang khabar angin itu, beliau bertanya mengenainya kepada bekas gabenor Wilayah Sulu, yang juga bekas ketua turus pejuang MILF Yusof Jikiri.

“Yusof memberitahu saya, tiada apa yang berlaku di Sulu atau Tawi-Tawi berhubung sebarang cubaan untuk melancarkan serangan kedua terhadap Sabah. Penduduk Sulu menjalani kehidupan secara aman dan berusaha untuk mewujudkan susana seperti biasa,” katanya.

Beliau berkata sebagai satu daripada kumpulan bersenjata paling besar di selatan Filipina, MNLF ingin memupuk keamanan dan kestabilan di Sulu dan di seluruh wilayah Mindanao.

Katanya kumpulan bersenjata yang menggelarkan diri mereka sebagai Tentera Kesultanan Sulu (RSF) dan memihak kepada Jamalul Kiram 111, sebenarnya hanya sebuah kumpulan kecil dan tidak mendapat sokongan besar daripada penduduk Sulu. – BERNAMA

0 komentar
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cun blog - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger