Featured Post Today
print this page
Latest Post
Tampilkan postingan dengan label kerajaan. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label kerajaan. Tampilkan semua postingan

PAS mendapat sokongan dari pelbagai lapisan termasuk pegawai tinggi kerajaan

  Harakahdaily

PAS bukan parti kampung, sedia tadbir negara

Muhammad Yusri Amin, 19 Nov 2012
KOTA BHARU: PAS bukan ‘parti kampung’ bahkan sebuah parti yang kini bersedia untuk mentadbir Malaysia, kata Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.

Beliau berkata PAS kini didukung ahli dari pelbagai lapisan termasuk pegawai tinggi kerajaan dan pegawai keselamatan yang telah bersara.

(Gambar: Husam bersama petugas Harakah di muktamar.)

Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan berkata Ucapan Dasar Presiden pada Muktamar Tahunan PAS ke-58 meletakkan PAS bukan saja untuk PAS tetapi juga PAS untuk semua.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Muktmar Tahunan PAS ke-58 yang berakhir di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik) dekat sini petang semalam.

“Hendak membentuk sebuah kerajaan mesti ada pelbagai aliran kekuatan termasuk pegawai-pegawai tinggi kerajaan dan pegawai dari pasukan keselamatan yang telah bersara.

“Dan ini membuktikan PAS tidak lagi sebuah ‘parti kampung’ tetapi sebuah parti yang bersedia untuk mentadbir kerajaan secara yang baik,” ujarnya.

Katanya,, ucapan penggulungan Presiden PAS menunjukkan beliau seorang pemimpin sudah teruji, bahkan bersedia untuk memimpin rakyat Malaysia pelbagai kaum serta menguasai isu-isu governance dengan cekap.

Beliau turut mengulas isu ‘pengkhianatan Umno’  terhadap Melayu.

Husam mendakwa itu merupakan isu besar yang akan diikuti follow-up program-program yang lain selepas ini.

Ini, ujarnya penting supaya rakyat di luar bandar boleh faham bahawa sebenarnya selama ini mereka adalah terpinggir kerana kecuaian atau pun pengkhianatan Umno.

Mengenai calon PAS untuk PRU13, beliau berharap calon itu mestilah seorang berbudi baik dari perspektif Islam,  beriman, bertaqwa dan ada track record serta rapat dan mesra dengan pengundi
0 komentar

Kerajaan terbuka terima pandangan mahasiswa

Muhyiddin Yassin.

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan bahawa kerajaan sentiasa terbuka dan menerima setiap pandangan yang dikemukakan oleh mahasiswa, asalkan untuk kebaikan negara.
   
Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata saranan itu menjadi input berguna kepada kerajaan dalam menggubal dasar awam.
   
"...namun pandangan itu mesti dibuat dengan berhati-hati," katanya ketika merasmikan mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini hari ini.
   
Hadir sama Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh.
   
Muhyiddin berkata kerajaan sudah membuktikan menerima pandangan bernas daripada mahasiswa apabila beberapa usul daripada 14 resolusi yang disuarakan pelajar pada mesyuarat MPPK sebelum ini dilaksana oleh kerajaan.

Antaranya usul membabitkan jaminan bekalan makanan negara yang membawa kepada penganjuran Konvensyen Makanan Negara melibatkan pemimpin mahasiswa, pelajar universiti dan anggota Kelab Usahawan Siswazah (MyAGROSIS) pada 16 Dis lepas, katanya.
   
Timbalan Perdana Menteri berkata konvensyen itu menjadi wadah penting kepada mahasiswa dalam mentransformasikan sektor pertanian dengan idea-idea segar dalam menjana kekayaan seterusnya melahirkan generasi Agropreneur negara bagi menyumbang kepada jaminan bekalan makanan pada masa depan.
   
"Antara lain, tindakan susulan kerajaan hasil mesyuarat MPPK yang lepas ialah pelancaran Kad Diskaun Siswa 1Malaysia bagi membantu mereka mengurangkan kos sara hidup," katanya.
   
Sehubungan itu Muhyiddin berharap perwakilan pelajar pada mesyuarat kali ini matang dan rasional dalam melontarkan pendapat masing-masing, selaras dengan komitmen tinggi yang ditunjukkan kementerian, jabatan dan agensi kerajaan yang menyertai dialog pada mesyuarat berkenaan.
   
Ditubuhkan pada 1999, MPPK menjadi platform utama bagi kepimpinan pelajar institusi pengajian tinggi membincangkan isu-isu nasional dan memberi pandangan berhubung pembangunan negara. - Bernama

0 komentar
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cun blog - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger